Download Pet Universe App

Pilihan Terbaik Untuk Hotel Kucing (Mesra Muslim)

Dalam kesibukan hidup seharian, ramai pemilik kucing berdepan cabaran. Kepada siapa mereka boleh percayakan untuk menjaga kucing kesayangan semasa bekerja atau bercuti? Mencari pusat grooming dan hotel kucing yang benar-benar boleh dipercayai kadangkala bukan perkara mudah. Pet Universe Starlux hadir sebagai penyelesaian menyeluruh untuk pemilik haiwan peliharaan dengan menawarkan perkhidmatan grooming dan hotel kucing dalam satu bangunan. Starlux memenuhi keperluan mereka yang mencari pusat penjagaan yang lengkap, bersih, selamat dan teratur.

Rumah Kedua Untuk Kucing Anda 

Starlux direka khas sebagai “rumah kedua” buat kucing anda ketika anda tiada. Setiap ruang dan kaedah penjagaan dirancang dengan teliti agar kucing berasa selamat dan selesa sepanjang masa. Walaupun Starlux turut menyediakan hotel untuk anjing juga. Namun kucing dan anjing ditempatkan di tingkat yang berbeza. Tingkat 4 dikhaskan untuk kucing, manakala tingkat 6 untuk anjing. Starlux juga menyediakan lif khas untuk kucing dan lif berasingan untuk haiwan lain bagi memastikan setiap pergerakan lebih selamat dan terkawal.

Starlux menawarkan pelbagai jenis dan saiz bilik mengikut keselesaan setiap kucing. Setiap bilik direka dengan ruang yang luas, bersih dan selesa, lengkap dengan rak mendaki untuk dipanjat oleh kucing serta pencahayaan yang boleh dilaras bagi memastikan kucing dapat berehat dengan tenang. Bagi menjaga kebersihan, keselamatan dan mengurangkan risiko stres atau jangkitan, kucing daripada pemilik berbeza tidak akan diletakkan dalam bilik yang sama.

   

Hotel Kucing yang Tenang & Selamat

Setiap bilik di Starlux dilengkapi dengan sistem pemantauan CCTV 24 jam, penghawa dingin, serta sistem pengudaraan bagi memastikan udara sentiasa segar dan suasana kekal selesa. Kebersihan dijaga rapi dengan proses mencuci dan pembasmian kuman dilakukan sebelum kucing baharu masuk dan selepas daftar keluar. Selain itu, air bertapis, mangkuk makanan, serta bekas dan pasir kucing turut disediakan di setiap bilik untuk keselesaan harian. Starlux juga menyediakan perkhidmatan pembersihan bilik dengan  segera bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga. Setiap kucing turut menikmati masa bermain peribadi bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi yang sihat. Untuk memastikan kesejahteraan optimum, terdapat penjaga yang bertugas 24 jam dan doktor haiwan dalaman “in-house vet” yang sentiasa bersedia sekiranya diperlukan.

Pemilik juga akan menerima laporan atau mesej ringkas harian, termasuk gambar si comel, supaya mereka dapat memantau keadaan kucing dengan tenang walaupun berada jauh. Selain itu, pemilik boleh mengakses rakaman CCTV bilik hotel secara langsung melalui aplikasi “Pet Universe” pada bila-bila masa untuk melihat keadaan kucing mereka sendiri. Bagi kucing yang menginap sekurang-kurangnya tujuh malam, Starlux turut menawarkan servis grooming percuma sebagai sebahagian daripada penghargaan kerana memilih hotel  di Pet Universe Starlux.

Persediaan Sebelum Penginapan

Bagi memastikan pengalaman penginapan berjalan lancar, pemilik digalakkan membuat tempahan awal melalui aplikasi Pet Universe. Sebelum menghantar kucing, pastikan ia telah mendapat vaksin lengkap dan bawa bersama rekod vaksinasinya untuk semakan pihak staf. Anda juga disarankan membawa makanan harian dan mainan kegemaran kucing. Benda yang sudah biasa dengannya dapat membantu mengurangkan rasa gelisah dan memudahkan proses penyesuaian di persekitaran baharu.

Sebaik tiba di Starlux, staf akan melakukan pemeriksaan ringkas terhadap keadaan kucing sebelum ia dibawa ke bilik hotel. Pada waktu ini, pemilik boleh memaklumkan sekiranya kucing mempunyai alahan, keadaan kesihatan tertentu, atau keperluan khas, supaya staf lebih peka dan dapat memberikan penjagaan terbaik yang sesuai dengan keadaannya.

Pengalaman Grooming Yang Mesra Kucing

Starlux memahami bahawa kucing lebih sensitif dan mudah tertekan berbanding anjing. Sebab itu, setiap sesi grooming di Starlux dilakukan dengan penuh kelembutan, kesabaran dan perhatian. Sebelum memulakan sesi, staf akan memeriksa keadaan bulu dan kulit kucing, serta menjalankan konsultasi awal bagi memastikan rawatan yang dipilih sesuai dengan keadaannya. Jika kucing mempunyai masalah seperti kutu, kulat, atau bulu bergumpal, staf akan memaklumkan kepada pemilik terlebih dahulu sebelum meneruskan rawatan atau pakej grooming yang sesuai.

Proses grooming menggunakan syampu dan perapi khas mengikut jenis servis yang dipilih, diikuti pengeringan bersuhu sederhana supaya kulit kekal sihat. Bahagian mata dan telinga juga akan dibersihkan manakala bahagian kuku dan bulu di tapak kaki juga akan dipotong dengan teliti untuk tujuan kebersihan dan keselesaan kucing. Akhir sekali, bulu disikat rapi agar kelihatan kemas, lembut dan wangi — menjadikan si comel tampil segar dan gembira selepas setiap sesi di Starlux.

Pertanyaan yang Sering Diajukan

1. Berapa lama tempoh proses grooming untuk kucing?

Proses grooming kucing biasanya mengambil masa antara satu hingga dua jam, bergantung kepada jenis servis yang dipilih serta keadaan bulu dan saiz kucing.  Jika kucing mempunyai bulu yang lebat atau kusut, mungkin masa tambahan diperlukan. Starlux akan memaklumkan anggaran masa sewaktu tempahan supaya pemilik memahami jangkaan waktu.

2. Adakah hotel kucing di Starlux benar-benar selamat untuk kucing saya?

Ya, keselamatan merupakan keutamaan utama di Starlux. Semua bilik dan kawasan penginapan dipantau melalui CCTV 24 jam, dan ruang kucing serta anjing dipisahkan sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang gangguan antara spesis. Selain itu, kebersihan dijaga dengan proses sanitasi harian serta pemeriksaan rutin oleh staf berpengalaman bagi memastikan tiada risiko penyakit atau parasit yang menular.

3. Adakah Starlux menyediakan servis mandulan (sterilisasi) untuk kucing?

Secara langsung, Starlux tidak menjalankan prosedur pembedahan sterilisasi. Namun, pihak kami mempunyai rakan klinik veterinar yang dipercayai untuk tujuan tersebut. Pemilik boleh berbincang semasa tempahan atau semasa menyerahkan kucing bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

4. Jika kucing saya sangat pemalu atau mudah tertekan, bagaimana persiapan terbaik sebelum menghantar kucing?

Untuk membantu mengurangkan stres, pemilik disarankan membawa beberapa barang yang biasa digunakan oleh kucing seperti selimut kecil, mainan kegemaran, atau makanan harian. Benda yang familiar dapat membantu kucing menyesuaikan diri dengan lebih cepat. Pastikan juga vaksinasi kucing telah lengkap dan bawa bersama rekod kesihatannya. Sebaik tiba di Starlux, staf akan memberi masa adaptasi supaya kucing dapat menyesuaikan diri sebelum memasuki hotel atau memulakan sesi grooming.

5. Adakah kos tambahan dikenakan untuk servis khas atau ubat semasa penginapan?

Ya, caj tambahan mungkin dikenakan sekiranya kucing memerlukan rawatan khas, ubat-ubatan, atau pembelian makanan makanan kucing di Starlux. Namun, Starlux akan memaklumkan caj tambahan lebih awal supaya pemilik dapat membuat keputusan dengan jelas. Untuk perkhidmatan grooming dan penginapan biasa, harga asas telah ditetapkan semasa tempahan dibuat.

Kedudukan di Pasaran & Keistimewaan Starlux

Menurut maklumat rasmi, Pet Universe Starlux menyediakan perkhidmatan hotel dan grooming untuk kucing dan anjing, dengan kawasan yang dibahagikan serta pemantauan CCTV 24 jam bagi menjamin keselamatan sepenuhnya. Antara kategori bilik hotel kucing termasuk bilik Serius (RM68/sehari), bilik Canopus (RM138/sehari), bilik Xenos (RM158/sehari), bilik Polaris Room (RM168/sehari), Nova Deluxe (RM198/sehari) dan Lunar Suite (RM218/sehari). Starlax juga menawarkan perkhidmatan day care (RM5/sejam).

Berbeza daripada kebanyakan pesaing di Malaysia yang hanya menawarkan satu jenis perkhidmatan sama ada grooming atau hotel, Starlux menggabungkan kedua-duanya untuk kucing dan anjing tapi mengasingkan juga tempat kucing dan anjing dalam satu bangunan. Menjadikannya lebih mudah dan selesa untuk para pemilik haiwan peliharaan. Pelanggan juga bebas untuk melihat kucing atau anjing grooming secara live sambil menikmati air coffee atau teh yang disediakan.  Penekanan terhadap keselamatan, kebersihan dan pemantauan berterusan menjadikan Starlux menonjol sebagai jenama yang dipercayai dalam industri penjagaan haiwan premium.

Bagi Starlux, setiap kucing adalah sebahagian daripada keluarga yang berhak menerima penjagaan penuh kasih sayang. Dengan kemudahan lengkap, suasana yang bersih serta pemantauan sepanjang masa, Starlux memastikan kucing anda mendapat pengalaman penginapan dan grooming yang selamat serta menenangkan. Tempah tempat penginapan atau sesi grooming hari ini melalui aplikasi “Pet Universe” dan biarkan si comel kesayangan anda menikmati layanan terbaik daripada Starlux.

 

Hotel Kucing Near Me — Berdekatan KL & Petaling Jaya

Mencari hotel kucing berdekatan dengan anda di Kuala Lumpur atau Selangor? Starlux Pet Universe terletak di Petaling Jaya, mudah diakses dari KL Sentral, Subang Jaya, Damansara, dan Shah Alam.

Kenapa Pilih Starlux sebagai Hotel Kucing Anda?

  • Bilik persendirian untuk setiap kucing — tiada perkongsian sangkar
  • Pemantauan CCTV 24 jam untuk ketenangan fikiran anda
  • Dijaga oleh penjaga haiwan peliharaan berpengalaman
  • Makanan dan rawatan mengikut jadual biasa kucing anda
  • Lokasi strategik — hotel kucing berdekatan KL, Subang & Damansara

Kami menerima tempahan penginapan bermula dari 1 malam. Tempah lebih awal untuk memastikan ketersediaan, terutamanya pada musim cuti. Tempah tempat untuk kucing anda hari ini!

Related Posts

Starlux Pet Universe 宠物寄宿

宠物寄宿|安全舒适的第二个家

对于忙碌的宠物主人而言,找到一个既安全又温暖的寄宿空间尤为重要。 在 Starlux Pet Universe 宠物寄宿中心,我们为狗狗与猫咪提供贴心、洁净、安心的居住体验,让它们在离家期间也能感受到家的温度。 品牌愿景:打造宠物的专属度假天堂 我们相信,每一只宠物都值得在离开主人时被悉心照顾。Starlux 的寄宿服务不仅仅是住宿,更是一种全方位的生活照护体验。从饮食、活动到健康监测,每一个细节都经过精心设计,让宠物真正“住得舒服,玩得开心”。 多样化房型设计:满足不同性格与需求 在 Starlux Pet Universe,我们为猫咪与狗狗提供多元化的寄宿房型,让每只宠物都能根据性格与需求找到最合适的空间。标准房简约整洁,适合短期住宿的宠物,提供独立饮水区与舒适寝具;舒适套房空间更宽敞,配有活动区域,非常适合中大型犬或长期寄宿;而豪华套房则以空调控温、柔软床垫与玩具打造五星级体验,特别适合年长、敏感或需要更多安静时光的宠物。 所有房型都采用独立通风与隔音设计,让您的宠物无论在炎热或潮湿的天气,都能享受如家般的清新与宁静。 公共设施 活动区:设有围栏、玩具与障碍设施,鼓励运动与社交 健康区:进行每日检查与简单护理 安静休息区:让害羞或紧张的宠物有独立空间放松 安全与卫生:从每个细节守护健康 我们坚持每日进行三次全区消毒,并使用宠物安全清洁用品。饮食与餐具分区管理,避免交叉污染。 所有寄宿宠物必须出示最新的疫苗接种记录,以确保公共健康安全。 此外,场地配有监控系统与防逃门设计,工作人员全天巡视,防止意外发生。   全天候照护:让主人放心的专业团队

Read More »
Pet Universe Starlux_您值得信赖的宠物美容院

宠物美容院|为狗狗与猫咪打造奢华护理体验

在 Starlux Pet Universe,我们始终相信宠物不仅是陪伴者,更是家庭中不可或缺的一份子。为了让每一只毛孩子都能在美容过程中享受到放松与关怀,我们将专业的技术、舒适的环境与贴心的照护融合在一起,打造出与众不同的宠物美容院体验。   品牌理念:以尊重与关爱为核心 Starlux Pet Universe 秉承“尊重每个生命,关爱每个细节”的理念,为狗狗与猫咪提供专业且温柔的美容服务。我们的团队深知,不同的宠物拥有不同的毛质、性格与健康需求,因此每一次美容前,都会进行全面评估,包括毛发状况、皮肤健康、心理状态与主人偏好。 我们坚信,美容不仅是外观的修饰,更是心灵的疗愈。让宠物在被梳理、洗护与造型的过程中感受到安全与被爱,才是我们最看重的价值。   专业团队:以技术与温度并行 系统培训与专业认证 Starlux 的每一位美容师都经过系统化培训,并持有国际宠物美容师认证。他们熟悉不同犬猫品种的毛发结构与皮肤类型,从比熊犬的卷毛到波斯猫的长毛,都能精准掌握合适的洗护与修剪方式。 我们的团队分工明确: 职位 主要职责 首席美容师 制定整体造型设计与护理方案 助理美容师 协助洗护、吹干与修饰 护理顾问 记录宠物皮肤状况并跟踪护理效果

Read More »